Selitan Maklumat

Saturday, January 16, 2010

Bencana mandi Limau

Zikir pegang anggota Sulit
Anak dara mangsa bomoh rakus.....Bomoh minta wanita berbogel mandi air limau, lumur tepung ketika berubat membuang santau

Ampang- Pindah zikir melalui alat kelamin. Itu yang dilakukan seorang bomoh kepada seorang wanita yang didakwa kononnya terkena santau ketika pesakit terbabit mahu mengurut kaki dan badannya disebuah spa di Taman Melawati di sini.
Alasan berkenaan digunakan bomoh terbabit kononnya untuk memindahkan zikir yang dibacanya ke badan mangsayang berusia 24tahun sebagai satu cara membuang santau selain bertujuan menjadikannya pendinding.
Bagaimanapun, wanita itu bernasib baik kerana tidak menuruti arahan bomoh terbabit supaya memegang alat kelamin lelaki itu, sebaliknya terus menghentikan rawatan aneh berkenaan sebelum menceritakannya kepada keluarganya dan membuat laporan polis...

No comments:

Post a Comment