Kuala Lumpur- menyakitkan mata! Itulah yang dapat digambarkan terhadap tingkah laku biadab segelintir remaja yang beraksi mesra tanpa segan silu di sekitar Taman Menara Berkembar Petronas (KLCC) terutama pada hujung minggu.
Malah kawasan rekreasi KLCC yang terkenal dikalangan pengujung sebagai lokasi bersantai bersama keluarga dan sahabat untuk menikmati pemandangan KLCC telah tercemar dengan kegiatan 'terlampau' segelintir remaja.
Segelintir remaja tempatan dan oranga asing yang dipercayai warga indonesia menjadikan kawasan rehat si sekitar taman itu sebagai tempat MEMADU KASIH tanpa enghiraukan orang sekeliling yang beriadah.
Perbuatankurang sopan di kalangan muda mudi yang tanpa segan silu 'menunjukkan kasih sayang dan rindu dendam' di khalayak umum itu memalukan dan menjelekkan mata memandang. Ini kerana lebih menyedihkan remaja yang melakukan perbuatan ini bertudung dan tanpa rasa salah, berpelukan serta bercumbu-cumbuan dengan pasangan masing2.
Apakah perbuatan sebegini boleh kita biarkaan agar ianya bertambah parah? Dimanakah nilai sebagai seorang yang dinamakan Islam, jika orang Islam sekarang sudah meminggirkan dan menolak nilai itu sendiri semata2 mengikut turutan HAWA NAFSU semata2.
Perkara dan perbuatan ini harus di bendung kerana jika ianya terus dibiarkan dikhuatiri akan meruntuhkan akhlak remaja dan nilai jati diri, lebih2 lagi yang beragama Islam.
Saturday, January 16, 2010
Bencana mandi Limau
Zikir pegang anggota Sulit
Anak dara mangsa bomoh rakus.....Bomoh minta wanita berbogel mandi air limau, lumur tepung ketika berubat membuang santau
Ampang- Pindah zikir melalui alat kelamin. Itu yang dilakukan seorang bomoh kepada seorang wanita yang didakwa kononnya terkena santau ketika pesakit terbabit mahu mengurut kaki dan badannya disebuah spa di Taman Melawati di sini.
Alasan berkenaan digunakan bomoh terbabit kononnya untuk memindahkan zikir yang dibacanya ke badan mangsayang berusia 24tahun sebagai satu cara membuang santau selain bertujuan menjadikannya pendinding.
Bagaimanapun, wanita itu bernasib baik kerana tidak menuruti arahan bomoh terbabit supaya memegang alat kelamin lelaki itu, sebaliknya terus menghentikan rawatan aneh berkenaan sebelum menceritakannya kepada keluarganya dan membuat laporan polis...

MASALAH SERIUS YANG X PERNAH SELESAI....
Assalamu a'laikum wtb....
Hari berganti hari, bulan berganti bulan... Hati yang dahulu mula tenang kini telah bertukar menjadi celaru.. Anda semua mungkin tertanya2 pe yang sebenarnya tekah berlaku dan pe yang cuba saya nak ceritakan. Jika ianya nak di lafazkan dengan kata2, masalah ini xkan habis. Jadi apakah caranya... Anda, sahabat semua boleh lihat dengan mata kasar sendiri, dimanakah dan kemanakah hilangnya sifat dan sikap "HATI PERUT" kemanusiaan itu sendiri, mana perginya sifat yang Allah swt telah turunkan pada hamba-Nya yang bergelar "Manusia", yang secara dasarnya dihidupkan untuk menjadi Khalifah atau Pentadbir kininya sama sifatnya seperti ......... Tanpa segan-silunya melakukan pembunuhan, meropak, meliwat, berzina, melahirkan anak diluar nikah, meragut, merosakkan alam semesta, paling memelikkan ada juga manusia yang bersifat seperti IKAN HARUAN. Sanggup makan anak kandung sendiri dan banyak lagi perkara2 yang Allah swt larang, kini mereka lakukan tanpa perasaan segan silu... Anda semua fikirkanlah.. Mana perginya pegangan agama yang kononnya dah pun mereka anuti?...Janganlah kononnya dunia dan zaman kini makin maju, bangunan pulak tinggi melangit tapi pemikiran dan tingkahlaku manusia itu sendiri kembali cetek dan mundur sama seperti di zaman JAHILIAH. Bukankah itu namanya manusia dan masyarakat yang mundur? Jadi renung2 dan fikirkan la kembali bagaimanakah caranya untuk kita membuang terus masalah2 sebegini...

Subscribe to:
Posts (Atom)