Selitan Maklumat

Saturday, January 16, 2010

Aksi terlampau dekat Masjid

Kuala Lumpur- menyakitkan mata! Itulah yang dapat digambarkan terhadap tingkah laku biadab segelintir remaja yang beraksi mesra tanpa segan silu di sekitar Taman Menara Berkembar Petronas (KLCC) terutama pada hujung minggu.
Malah kawasan rekreasi KLCC yang terkenal dikalangan pengujung sebagai lokasi bersantai bersama keluarga dan sahabat untuk menikmati pemandangan KLCC telah tercemar dengan kegiatan 'terlampau' segelintir remaja.
Segelintir remaja tempatan dan oranga asing yang dipercayai warga indonesia menjadikan kawasan rehat si sekitar taman itu sebagai tempat MEMADU KASIH tanpa enghiraukan orang sekeliling yang beriadah.
Perbuatankurang sopan di kalangan muda mudi yang tanpa segan silu 'menunjukkan kasih sayang dan rindu dendam' di khalayak umum itu memalukan dan menjelekkan mata memandang. Ini kerana lebih menyedihkan remaja yang melakukan perbuatan ini bertudung dan tanpa rasa salah, berpelukan serta bercumbu-cumbuan dengan pasangan masing2.
Apakah perbuatan sebegini boleh kita biarkaan agar ianya bertambah parah? Dimanakah nilai sebagai seorang yang dinamakan Islam, jika orang Islam sekarang sudah meminggirkan dan menolak nilai itu sendiri semata2 mengikut turutan HAWA NAFSU semata2.
Perkara dan perbuatan ini harus di bendung kerana jika ianya terus dibiarkan dikhuatiri akan meruntuhkan akhlak remaja dan nilai jati diri, lebih2 lagi yang beragama Islam.

No comments:

Post a Comment